TELEKUNG......untuk bacaan bersama ....agar membuka mata kita..
Budaya yang baik pada asalnya ini sedikit sebanyak mula mendatangkan
kesan yang agak negatif kepada wanita Islam masa kini yang bergerak
aktif dalah kehidupan seharian. Ini kerana pemahaman budaya tersebut
telah disalahertikan oleh wanita kini tanpa melihat dari aspek ilmu
Islam yang sebenar.
Disebabkan itulah muncul pelbagai alasan yang tidak munasabah
apabila tibanya waktu solat. Ada sebahagian wanita yang mengabaikan
solat apabila berada di luar rumah contohnya di pusat membeli belah,
tempat kerja dan sebagainya dengan beralasan tidak membawa telekung.
Ada juga yang memberi alasan telekung yang disediakan di masjid mahupun
surau itu agak kotor dan tidak sesuai.
Sedangkan pemakaian telekung itu bukanlah syarat sahnya solat
seseorang wanita. Bagaimana keadaan wanita yang berada di luar daripada
negara Nusantara. Mereka tidak pernah mengenal erti telekung.
Disebabkan itulah ramai dikalangan wanita Nusantara merasa pelik dengan
pakaian wanita Muslimah di negara barat, China, India mahupun Timur
Tengah.
Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan
menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis.
Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya
sembahyang. Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau
pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka
tetap sah solat mereka. Menurut jumhur ulama, yang diwajibkan wanita
dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir
berpendapat,
“Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan”.
Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti
aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang
digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan
Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang
boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga
boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.
kredit : http://www.kawwenyuk.my/
Kesimpulan nya - JANGAN BERASA PELIK jika menggunakan telekung lycra yang bukan berwarna PUTIH....apa saja warna boleh di pakai ketika solat.